HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada?
· Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan HIV)
· Dadah
· Alkohol
· Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan


Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.
Pada peringkat bengkak hati biasanya, pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:
· Demam yang berterusan
· Letih yang melampau
· Loya dan mual
· Hilang selera makan
· Sakit sendi
· Penurunan berat badan secara mendadak
· Jaundis (kuning)
Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom-simptom kronik seperti:
· Busung
· Bengkak kaki
· Muntah berdarah dan najis berdarah
· Koma