[Kanser Hati] Pak Din pulih dari Kanser Hati.

Apa itu kanser hati (atau barah hati)?

Kanser hati adalah sejenis barah pada organ hati. Organ tersebut mempunyai fungsi yang penting bagi memastikan badan bebas daripada toksin dan bahan yang berbahaya. Hati terletak pada bahagian kanan atas abdomen dan di bawah tulang rusuk kanan.
Selain daripada menyahtoksikkan bahan kimia dan ubat yang masuk ke dalam badan, ia juga:

  1. Menyimpan glukosa berlebihan dalam bentuk glikogen untuk kegunaan kelak.
  2. Menghasilkan hempedu untuk menghadam lemak, vitamin dan nutrisi penting yang lain.
  3. Menghasilkan kolesterol dan protein khusus untuk membawa lemak ke seluruh badan.
  4. Menyimpan zat besi untuk penghasilan haemoglobin (komponen sel darah merah).
  5. Mengawal atur proses pembekuan darah.
  6. Menghasilkan molekul imuniti bagi menghalang jangkitan daripada berlaku.
  7. Memastikan sisa bahan hasil daripada kematian sel merah (bilirubin) dikumuhkan dengan baik.

Secara amnya, kanser hati boleh dikategorikan kepada kanser primer dan sekunder.

Barah hati primer didiagnosis apabila punca kanser tersebut berasal daripada organ hati.

Barah hati sekunder pula adalah sel kanser daripada organ lain yang merebak ke organ hati.

Oleh sebab sel kanser tidak mempunyai integriti yang sama dengan sel normal, ia boleh berpindah ke lokasi lain melalui sistem peredaran darah dan limfa. Fenomena ini dikenali sebagai metastasis.

Seperti kanser lain, kanser hati juga mempunyai keupayaan untuk mengalami metastasis apabila ia sudah mencapai tahap yang sangat teruk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s