Pengetahuan

Dalam mencapai impak sosial jangka panjang, tiga pemacu strategik utama telah dikenal pasti. Setiap satunya dapat diukur dan mampu meningkatkan kualiti hidup individu, komuniti dan masyarakat secara menyeluruh. YEJ mengklasifikasikan tiga pemacu strategik utama ini sebagai Peningkatan, Penginovasian dan Pengaruh.

Kami telah melihat banyak peningkatan melibatkan skala program YEJ, pelaburan dalam metodologi-metodologi baharu dan yang telah ditambah baik, penglibatan dalam advokasi, serta pengaruh dalam dasar dan struktur jangka masa panjang.

Peningkatan
Meningkatkan dan memperkukuh jangkauan, penglibatan dan program di bawah semua bidang tumpuan.

Inovasi
Membangunkan pendekatan (kandungan) baharu, inovatif dan lebih baik serta penyelesaian mampan untuk isu-isu sosial dan alam sekitar yang kian mendesak.

Pengaruh
Menyokong dan membentuk dasar untuk mencapai perubahan struktur dan pembaharuan sistem di bawah semua bidang tumpuan.