Rawatan Percuma Hepatitis B

Apakah Hepatitis B?

Apa itu Hepatitis B? Maksud Hepatitis B adalah penyakit radang hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Virus ini adalah sejenis DNA virus yang hidup dalam produk darah seperti platelet dan plasma, dan juga cecair badan seperti sperma dan cecair faraj. Oleh itu, ia boleh merebak melalui pemindahan darah, perkongsian jarum suntikan, hubungan seksual dan sentuhan terus dengan cecair yang tercemar dengan virus ini. Oleh itu, mereka yang berisiko untuk mendapat jangkitan ini adalah mereka yang memerlukan pemindahan darah seperti pesakit hemophilia, mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan seperti jururawat dan doktor dan juga pekerja di institusi seperti pusat pemulihan dan penjara, pasangan seksual pesakit hepatitis B, bayi dalam kandungan ibu yang menghidap hepatitis B dan juga keluarga angkat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini.

Virus hepatitis B menyerang organ hati apabila menjangkiti manusia dan menyebabkan jangkitan akut atau kronik. Ia merupakan masalah yang dihadapi oleh penduduk seluruh dunia terutamanya di negara sedang membangun. Wabak penyakit hepatitis B banyak melanda kawasan seperti Timur Tengah, Afrika dan Mediterranean dan jumlah tertinggi dicatatkan di kawasan Barat Pasifik dan Afrika. Menurut WHO, seramai kira-kira 257 juta orang di dunia menghidap jangkitan hepatitis B dan pada tahun 2018, seramai 887000 orang telah mati akibat jangkitan ini. Kebanyakan kematian adalah akibat komplikasi “cirrhosis” dan kanser hati.

Virus Hepatitis B

Virus hepatitis B adalah sejenis virus DNA berdiameter 42-nanometer berbentuk sfera dan mempunyai 2 lapis cengkerang yang terbentuk dari zarah-zarah berbentuk sfera dan rod. Dua lapisan ini melindungi pusat yang mengandungi hepatitis B core antigen (HbcAg). Virus ini kebal terhadap perubahan suhu yang ekstrem serta kelembapan. Ia boleh hidup selama 15 tahun apabila disimpan pada suhu -20 darjah Celsius, 24 bulan pada suhu -80 darjah Celsius, 6 bulan pada suhu bilik dan 7 hari pada suhu 44 darjah Celcius.

Virus ini mempunyai 2 jenis gene iaitu (Surface gene) dan (Core gene). Surface gene adalah gene yang menghasilkan permukaan atau lapisan luar virus ini serta satu struktur protien yang dipanggil hepatitis b surface antigen (HBsAg). Manakala (Core gene) menghasilkan struktur protein yang membaluti DNAnya iaitu hepatitis b core antigen (HBcAG). Core gene ini juga menghasilkan satu lagi struktur protein yang dinamakan hepatitis b e antigen (HBeAg). Kesemua struktur protein HBsAg, HBcAg dan HBeAg ini digunakan dalam perubatan bagi mengenal pasti status jangkitan pesakit. Sebagai contoh, status HBeAg yang tinggi dalam pesakit menunjukkan bahawa pesakit mempunyai kandungan virus yang tinggi dan amat berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Apabila virus ini menjangkiti manusia, tubuh badan akan menghasilkan antibodi. Antibodi-antibodi ini juga dihasilkan mengikut tahap jangkitan hepatitis B. Oleh itu, ujian darah akan menunjukkan kedua-dua status hepatitis B antigen dan antibodi dalam badan manusia dan akan digunakan untuk mengenal pasti status jangkitan pesakit sama ada baru dijangkiti, telah sembuh, telah menerima vaksin atau berpotensi menyebarkan jangkitan.

Perlukan bantuan kami?