Rawatan Percuma Sirosis

Apa itu sirosis hati?

Untuk pengetahuan anda, apa itu sirosis hati atau liver cirrhosis adalah kondisi di mana struktur dan fungsi organ hati rosak akibat pelbagai jenis penyakit.

Penyakit-penyakit ini kemudiannya akan mula merosakkan serta mencederakan tisu hati dan ia akan menyebabkan organ ini mula bertindak balas.

Sebagai tindak balas tersebut, sel-sel organ hati yang baru akan dihasilkan semula oleh tubuh badan untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak.

Proses pemulihan oleh sel baharu ini pula akan mencipta dan membentuk parut pada hati lalu menjejaskan struktur dan fungsi organ hati.

Apa itu sirosis hati: Puncanya?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca kondisi ini terjadi adalah disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit berkaitan hati lalu merosakkannya.

Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan ini termasuklah:

  • Hepatitis B
  • Hepatitis C
  • Alkohol

Dalam pada itu, ada beberapa faktor risiko lain yang boleh merosakkan organ hati seperti berikut:

  • Penyakit sistem autoimun
  • Penyakit lemak pada organ hati
  • Hemokromatosis
  • Saluran hempedu tersumbat

Kesemua penyakit yang dinyatakan di atas ini akan membawa kepada terjadinya parut pada organ hati (sirosis hati) lalu menjejaskan struktur dan fungsi organ ini.

Perlukan bantuan kami?